Khamis, 11 Ogos 2011

Macrobachium Rosenberg



Udang galah ataupun dikenali juga dengan nama saintifiknya sebagai Macrobachium Rosenbergi dibesarkan dalam sungai khatulistiwa yang biasanya didapati di perairan kuala. la amat sensitif terhadap pencemaran air. Udang galah boleh didapati di negara-negara seperti India, Bangladesh, Myammar, Thailand, Malaysia, Brunei, Indonesia dan utara Australia.

Udang galah boleh didapati dengan banyaknya di sungai-sungai di Malaysia. Sungai-sungai di sebelah Pantai Barat Semenanjung yang mempunyai hasil udang yang banyak ialah di Sungai Muda, Kedah, Sungai Perak, Sungai Bernam, Sungai Tinggi, Sungai Selangor, Sungai Linggi, Sungai Muar, di sebelah pantai timur pula ialah di Sungai Johor, Sungai Sedili, Sungai Endau, Sungai Rompin, Sungai Mercong, Sungai Pahang dan sebagainya. Sabah dan Sarawak juga mempunyai sungai-sungai yang menghasilkan banyak udang galah. Antara lokasi pancingan yang paling popular di Sarawak terutama area Bintulu,ialah Sungai Kemena,Sungai Tatau,Sungai Niah,Sungai Similajau dan juga Sungai Nyalau..

Selasa, 9 Ogos 2011

Jenis-jenis ikan ternakan di Malaysia

Beberapa jenis ikan air tawar diternak di Malaysia dan ini meliputi ikan-ikan tempatan dan juga ikan-ikan asing. Enam jenis ikan yang biasanya diternak di Malaysia Kap Makan Rumput (Ctenopharyngodon idellus), Lampam Jawa (Puntius gonionotus), Lee Koh (Cyprinus carpio), Tilapia nilotica dan Sepat Siam (Trichogaster pectoralis). Kesemua ini adalah ikan-ikan asing yang telah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Malaysia dan telah membuktikan, pembesaran yang capat dengan mendapat pasaran yang baik. Udang Galah (Macrobrachium rosenbergii) juga diternak secara ekstensif di dalam cara ternakan campuran polikultura, tetapi ikan-ikan tempatan ada juga diternak tidak berapa ekstensif. Ini termasuk Temakang (Helostoma hoevenii), ikan ketutu (Oxyeleotris marmoratus) dan ikan Patin (Pangasius spp). Ikan-ikan yang lain seperti ikan Haruan (channa striatus) dan ikan keli (Clarias spp) diternak sekali sekala tetapi kebanyakannya ditangkap daripada parit-parit pengairan dan di sawah padi. Pada amnya kebanyakan ikan-ikan tempatan mempunyai kadar pembesaran keseluruhan yang lambat berbanding dengan ikan-ikan asing. Juga, benih-benih ikan yang mahal seperti Jelawat dan Ketutu amat sukar untuk diperolehi dan ini menyebabkan ternakan jenis ikan itu terhad.


patin

lampam

keli


ketutu
jelawat